Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Jan 2009

PRK036 KT : PAS Menang!! Alhamdullilah.. AllahuAkbar!!!


Kuala Terengganu - Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil disini hari ini, dengan majoriti yang lebih besar.
Keputusan rasmi kemenangan Pakatan Rakyat itu diumumkan jam 9.30 malam tadi yang mengisytiharkan Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan mengumumkan kemenangan Wahid dengan majoriti 2,631 undi di Stadium Negeri.

Selepas keputusan diumumkan, beliau disambut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Abdul Wahid menafikan undi yang diterima daripada pengundi Cina tidak memuaskan bahkan beliau berkata undi yang diterima pada pilihanraya kecil ini lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

"Kami (PAS dan Pakatan Rakyat) akan membuat bedah siasat (post-mortem) untuk melihat arah aliran penyokong Cina," katanya.

Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, beliau akan membawa isu royalti minyak serta pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke Parlimen.

"Ini (isu) yang saya akan tumpukan dan akan dijelaskan kemudian," katanya.

Sementara itu, di luar Stadium Negeri di sini, kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk meraikan kemenagan manis mereka setelah bertungkus lumus berkempen selama sebelas hari

Pada masa yang sama, pihak BN yang kalah dalam pertarungan kali ini telah mengadakan sidang media di rumah kediaman rasmi Meneteri Besar Terengganu.

Dalam sidang tersebut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun ia merupakan kekecewaan kepada BN namun tetap menghormati keputusan rakyat.

16 Jan 2009

Kepala Babi dalam surau ~ Malaysiakini

Kepala babi dialas dengan bendera PAS dan kemudian diletakkan dalam surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia.

Lihat sahaja gambar di bawah ini:



Sehingga kini belum ada lagi sebarang tangkapan yang dibuat oleh pihak polis berhubung insiden ini.

Nampaknya, perbuatan bodoh lagi bangang sebegini sudah merebak ke Selangor. Sebelum ini, perbuatan sebegini sudah beberapa kali berlaku di negeri Melaka.

Jika manusia yang melakukan perbuatan bodoh itu terbaca posting ini, saya ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada awak

1) Perbuatan awak lebih hina dari bangkai babi itu.


2) Kalau awak berjaya dikesan dan ditangkap oleh polis, keluarga awak tentunya akan malu dengan perbuatan awak yang terkutuk itu. Pernahkah awak fikirkan akibat ini?

3) Kalau awak terlepas hukuman di dunia ini, bersedialah untuk menjawab depan Allah SWT di akhirat nanti.

Akhir kata, saya harap awak akan insaf dengan perbuatan awak itu dan bertaubatlah sebelum terlambat!

Sumber dari : Blog MSO & Nur Aflah

PRK 036 KT: Akhirnya Gurindam Tok Guru Diturunkan ~ Malaysiakini


Kuala Terengganu – Cubaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan ‘Gurindam Rasuah’ Tok Guru Nik Aziz semalam gagal apabila lebih seratus petugas PAS dan PKR berkumpul dan membantah.

Sekitar jam 3.30 petang semalam sepasukan pengatkuasa telah bertindak menurunkan papantanda besar ’Gurindam Rasuah’, namun tindakan mereka disedari oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat yang melalui jalan itu.

Lantas mereka berhenti dan segera membantah tindakan tersebut dan berlaku sedidkit ketegangan.

Antara petugas PAS yang awal sampai ialah Ahmad Muhamad, 35 tahun dari Wilayah Persekutuan.

Beliau yang ditemui berkata, beliau yang lalu dijalan itu melihat kakitangan MBKT cuba menurunkan billboard tersebut, lalu menghentikan kenderaannya dan meminta penjelasan.

”Tiada penjelasan yang konkrit diberikan oleh kakitangan tersebut, Alasan mereka menurunkan billboard itu adalah ianya didakwa mempunyai unsur-unsur sindiran.”kata Ahmad.

Ahmad menjelaskan kepada pegawai penguatkuasa itu, bahawa mereka tidak boleh menurunkan sebarang, bilboard, poster atau apa-apa alatan pilihanraya kecuali mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dalam pada itu, orang ramai yang lalu lalang turut berhenti dan menjadikan himpunan tersebut lebih besar.

Tidak lama kemudian pasukan polis dari cawangan khas telah datang dan penguatkuasa MBKT beredar.

Petugas Pakatan berhimpun disitu, akhirnya beredar setelah membetulkan semula bahagian papantanda yang telah rosak.

Namun begitu, rupa-rupanya kakitangan MBKT yang jelas mengikut elunjuk pemimpin mereka telah datang semula menurunkan papan tanda tersebut.

Entah bila mereka kembali semula ke lokasi tersbut tidak dapat dipastikan, namun tinjauan Buletinonline hari ini mendapati papantanda ‘Gurindam Rasuah’ itu telah tiada samasekali.

Papan tanda besar gurindam rasuah itu dijadikan bahan kempen pilihanraya umum Kuala Terengganu memetik kata-kata Mursidul Am PAS.

Nak berisalah,
Tak beri kalah,
Umno jadi serba salah,
Jom Pakat Pangkah PAS.

PRK 036 KT: Pegawai pengurus tarik diri kendali pilihan raya Kuala Terengganu ~ Malaysiakini

Kuala Terengganu, 15 Jan - Bernama melaporkan hari ini bahawa Datuk Mat Razali Kassim menarik diri dan melatakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Suruhanjaya telah mengesahkan dan menerima penarikan diri beliau.

Berikutan dengan itu beliau digantikan dengan penolong beliau iaitu Wan Mustafa Wan Hassan yang juga merupakan setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Sebelum ini Datuk Razali Mat Kassim di dakwa oleh PAS telah berkempen untuk calon BN kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sementara beliau adalah sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Pihak PAS dan Pakatan Rakyat turut membuat laporan polis berhubung tindakan beliau mengugut kakitangan dan pegawai kerajaan supaya mengundi calon BN.

Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

15 Jan 2009

PRK036 KT : Debat Royalti: Wahid Endut vs Wan Farid hari ini ~ Malaysiakini

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh)- Isu royalti Petroleum yang didakwa oleh Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri Terengganu masih 'samar-samar' dan tidak jelas.

PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalty disekat serta 'dirampas' oleh kerajaan pusat.

Berikutan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.

Kini, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu telah membangkitkan semula isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato� Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.

Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) akan menganjurkan satu Majlis Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan pada hari ini 2009 (Khamis) jam 8.00 malam di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini.

Antara ahli panel yang dicadangkan oleh Mampat iaitu Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Manakala, pengerusi Debat Perdana itu akan dikendalikan oleh seorang Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato' Paduka Dr Muhammad Bakar.

Persetujuan rasmi serta kesanggupan semua pihak ahli panel dan pengerusi debat telah diperolehi penganjurnya (Mampat) kecuali ahli panel dari Barisan Nasional (BN) yang menurut laporan tidak rasmi sebuah media tempatan telah menolak pelawaan debat tersebut.

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.

"Kita (Mampat) mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya ketika ditemui Harakah, hari ini.

Katanya, agenda 'Debat Perdana' yang dicadangkan itu kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding.

Menurutnya, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi melihat serta menilai personaliti calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

14 Jan 2009

P036 KT: Taktik Kotor BN...

KUALA TERENGGANU - Musuh politik PAS meneruskan agenda jahat mereka dengan mengeluarkan 'buletin KUALA palsu' yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Pengarah Operasi Pilihanraya Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menunjukkan bukti kejahatan pihak tertentu yang ingin mengaburi mata pengundi dengan mencetak Buletin KUALA, risalah rasmi PAS.

Buletin KUALA edisi 3 telah dicetak dan disebarkan oleh mereka dengan isinya yang jelas mengutuk pembangkang dan menipu rakyat.

Antara perbezaan buletin palsu dengan yang asal adalah:

1- Tiada tanda pangkah (X) di tepi logo PAS di penjuru atas risalah tersebut.
2- Isi dalam risalah tersebut berbeza daripada risalah asal.
3- Jarak antara huruf-huruf perkataan 'KUALA' dekat antara satu sama lain.
4- Tajuk, isi dan gambar yang terdapat dalam buletin itu jelas memfitnah dan mencemarkan nama baik pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
** isi muka surat dalam yang betul **


** isi muka surat dalam yang palsu **

Harapan kami agar berita ini disebarkan sesegera mungkin dan walau siapa pun yang membuat angkara ini akan menerima pembalasan yang sewajarnya daripada Allah SWT.
** isi muka surat belakang yang betul **

** isi muka surat belakang yang palsu **

Awas! sesi pembohongan dari pihak ini yang pasti akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya ini. Rakyat akan dihalang dari mendapatkan maklumat dan informasi yang benar dan telus.

13 Jan 2009

PRK036 KT : Senyum lah...Senyum lah... ~ Malaysiakini



"Saya percaya, bukan saya sahaja akan tersenyum bila membaca kempen senyum Ahmad Farid dalam Kosmo beberapa hari lepas. Semua orang pasti tersenyum. Masing-masing dengan leret senyuman yang berbeza, dan tentunya mempunyai makna yang berbeza-beza juga.


Saya turut senyum bukan kerana gembira dengan kempen senyum itu, tapi kerana mengingatkan gambar-gambar yang berselirat dalam internet wajah serius Dato Wan Ahmad Farid.



Gerakan Mansuh PPSMI kejar Najib di Kuala Terengganu

Seperti kenyataan Sdr Hasni Abas Pengarah J/K Perlaksana MANSUH PPSMI dalam Malaysiakini bahawa pihaknya akan berjumpa dengan pimpinan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu sebelum pembuangan undi. Idea penyerahan memo ini adalah idea Dato' Dr Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka semasa pertemuan pada 8hb Januari 2009 lepas di Yayasan Karyawan, Damansara. Tujuan mereka adalah untuk menyerahkan memo memansuhkan PPSMI. Kata dua akan diberikan kepada Najib samaada mansuhkan PPSMI atau demo 100 ribu ala bersih di Istana Negara. Apakah respon Najib mengenai isu ini ? Mari kita lihat sama-sama.....

http://www.malaysiakini.com/news/96260

12 Jan 2009

PRK036 KT: Ramah Mesra Bersama Lim Guan Eng

Malaysia Today : Checkmate!

11 Jan 2009

KT: Taktik Kotor BN

Justify FullKuala Terengganu – Taktik kotor Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO mula terserlah dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.


Kelmarin, Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato’ Mustafa Ali telah mendedahkan kepada umum sifat keji BN yang membeli undi dengan memberi rasuah RM 500.00

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan pula cubaan BN untuk mengujudkan kekeliruan dan salahfaham dikalangan pengundi dengan penemuan sehelai ‘vest’ petugas BN yang dicetak dengan dua lambang.

Ekoran risikan dan tindakan pantas skuad AMK akhirnya membuktikan niat jahat UMNO dan BN apabila vest yang dicetak dengan dua lambang itu ditemui dalam markaz besar pemuda UMNO.

“Kita (AMK) telah mendapat maklumat tentang vest yang berlambang dua itu lebih awal dan menugaskan skuad khas AMK membuat risikan,

“akhirnya ia berjaya ditemui di markaz besar pemuda UMNO dan skuad khas AMK telah bertindak pantas menyeludup keluar vest tersebut,”kata Pengarah Pilihanraya AMK, Fariz Musa di Markaz Besar AMK, di Kampung Ladang dekat sini semalam.

Beliau berkata vest tersebut amat mengelirukan dan cukup bahaya sekiranya ia diguna pakai.

“Dihadapan vest tersebut dicetak dengan lambang PKR, manakala di bahagian belakang dicetak dengan lambang BN,”katanya sambil menunjukkan vest tersebut dipejabatnya semalam.

Katanya pemakaian vest tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan pengundi Kuala Terengganu dengan niat untuk memberikan imej yang buruk kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Ia juga boleh memecahbelahkan muafakat Pakatan Rakyat sekiranya si pemakainya melakukan kerja-kerja sabotaj, misalnya mencabut merosakkan bendera PAS atau pun DAP,”terangnya.

Oleh yang demikian beliau meminta semua petugas Pakatan Rakyat samada dari PAS, PKR dan DAP supaya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terhadap tipu helah BN yang terbaru itu.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai samada pengundi atau pun bukan bersama-sama turut memantau keadaan keselamatan supaya pilihanraya kecil Kuala Terengganu dapat berlangsung dalam suasana yang aman.

Justeru beliau meminta pihak-pihak yang berkaitan dengan keselamatan samada petugas-petugas keselamatan dari Pakatan Rakyat atau pun petugas keselamatan awam meningkatkan kawalan masing-masing supaya kejadian yang tidak diingini dapat dicegah lebih awal.

KT: Imej Sombong Wan Farid

Gaya 1: Tangan sentiasa dalam poket.

Gaya 2: Jika tidak dalam poket, gaya memeluk tubuh


Gaya 3: Tanpa mendengar butir percakapan, gaya sahaja sudah dapat meneka apakah nada yang digunakan.

Gaya 4: Tangan disembunyikan di belakang. Seolah-olah rileks sahaja. Dengar macam acuh tak acuh pula.

Gaya 5: Masih begini sifatnya Wan Farid.

Buruk sangatkah imej dan perlakuan Wan Farid sehinggakan Pak Lah sendiri terpaksa membela Wan Farid dari imej sombong? Sebelum ini Najib juga telah ke depan membela Wan Farid apabila Dr M mengatakan Wan Farid adalah proksi kepada Pak Lah. MB Terengganu, Ahmad Said sendiri mengakui belum berpuas hati dengan imej Wan Farid setakat ini. Apakah Wan Farid adalah "teruk dan teramat buruk" seperti yang dikatakan tersebut?

Secara peribadi aku tidak kenal siapa Wan Farid. Walaupun tahu Wan Farid adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, namun disebabkan tiada apa yang menarik untuk diteliti tentang dirinya menyebabkan tiada perasaan mahu ambil tahu sehinggalah Wan Farid dilihat beria-ria mahu menjadi calon UMNO bagi kerusi P036 Kuala Terengganu.

Ketika itu imej Wan Farid sudah diperkatakan sebagai sombong, elit dan sebagainya. Ditambah dengan mempunyai pertalian dengan Wan Hisham (abang), imej Wan Farid sudah diletakkan sebagai tercalar sebelum dicalonkan lagi. Namun, kerana kedudukan dan sedikit 'keakraban' dengan Pak Lah mungkin menjadi penyebab kepada kerusi terbabit dicaloninya.

Imej Wan Farid bertambah buruk bilamana PAS meletakkan Hj Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Sifat semulajadi peramah dan mudah mesra Hj Wahid telah meletakkan saham Wan Farid merudum lagi. Perbezaan sikap dan kemesraan antara keduanya menyebabkan imej Wan Farid dikatakan terpaksa diperbaiki dan dimolekkan. Maka muncullah pelbagai billboard yang cuba menceritakan Wan Farid adalah comel-comel sahaja layaknya.

Dalam mendengar cakap-cakap awam tentang Wan Farid yang ego, sombong dan elit, aku akhirnya terpaksa akur dan mengakui bahawa cakap-cakap itu ada asas dan kebenarannya. Aku sempat melayari laman web UMNO Kuala Terengganu dan menjumpai gambar-gambar anak bangsawan tersebut. Patutlah dia dikatakan ego, sombong dan elit.

Buruk sangatkah gaya-gaya ini? - amdang81

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.