Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

11 Apr 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (101) : Majlis Forum Nizar dan DSAI di Ipoh kecoh ?

8.20pm
Blogger Ajijoi melaporkan dari Dewan Orang Ramai Sg. Rokam berhubung Majlis Forum yang dijadualkan diadakan pada malam ini pada jam 9 malam terganggu apabila Polis mula dan telah mengepung susur jalan ke Dewan tersebut sejak lewat petang tadi. Sumber juga memaklumkan bahawa Majlis Forum yang menampilkan Dato' Seri Ir. Nizar dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai penceramah utama telah dipindahkan ke DOR Kg. Manjoi ( Jalan Pemimpin ).

Difahamkan , tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa sehingga petang tadi. Beratus-ratus kenderaan sesak teruk khususnya di jalan utama Kg. Sg. Rokam akibat sekatan pihak Polis. Akan diupdate dari masa ke semasa. ~ ABO

PRK P059 BUKIT GANTANG (100) : Polis Dibidas Lepaskan Gas Pemedih Mata Di Air Kuning




Pihak polis hari ini dibidas kerana setelah tiga hari pilihanraya kecil Bukit Gantang berlalu, baru mereka membuat pengakuan bahawa anggota mereka ada melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong PAS di Air Kuning semasa pilihanraya kecil sedang berjalan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hussin Ismail hari ini menkaui polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong PAS di Air Kuning Bukit Gantang.

Naib Presiden UMNO yang juga sekarang Menteri Pertahanan, Mohd Zahid Hamidi sebelum ini telah menafikan wujudnya kejadian melepaskan gas pemedih mata oleh pihak polis di kawasan pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur, Air Kuning.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan biadab polis berkenaan kerana tindakan sedemikian tidak perlu di saat orangramai sedang menunaikan kewajipan untuk mengundi.

Tindakan polis berkenaan telah menyebabkan ketakutan di kalangan pengundi-pengundi dari kalangan warga emas dan wanita apabila mendapat tahu polis sudah melepaskan gas pemedih mata di situ dan kerana itu terdapat mereka yang membatalkan hasrat untuk keluar mengundi pada hari berkenaan.

"Pertembungan diantara parti-parti yang bertanding adalah perkara biasa di dalam suasana hari mengundi. Tiba-tiba akibat kebebalan polis yang ingin menunjukkan kuasa berlebihan di hari tersebut telah melepaskan gas pemedih mata sedangkan ianya boleh dileraikan tanpa penggunaan tembakan gas tersebut. Yang terlibat di dalam pertembungan itu hanya di setitar 15-20 orang sedang bilangan polirs ketika itu lebih ramai," tegas seorang pengundi yang menghubungi Kelab GB.

"Hal yang berlaku selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS," tambahnya.

Sementelah lagi, pengakuan polis tersebut dengan sendirinya menafikan kenyataan Naib Presiden UMNO, Mohd Zahid Hamidi yang mendakwa video yang tersebar adalah gambar lama yang diselitkan oleh para blogger.

"Zahid perlu letak jawatan. Lansung tidak ada kredibliti sebagai menteri dan pemimpin. Tidak menyemak fakta dan beliau tidak tahu apa yang beliau cakap," tambah pemanggil tersebut lagi.

Nik Aziz hayati lagu ‘Tiada Lagi’ & ‘Menteri Di Ufuk Timur’ nyanyian Amy Search

KOTA BHARU : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.

“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.

“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi. - Siasah

Ahmad Said Bakal Diguling Dengan Undi Tidak Percaya?

mStar : ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

Kemelut baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil.

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."

"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budi bicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

"Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik Adun lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

"Ataupun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri � dan juga Persekutuan � ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog" atau membubarkan dewan.

"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nangka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan peimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang". - harakah

Ibrahim Ali tunggu Umno masuk meminang

KB: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, Jumaat.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lepas. / Bernama


Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya

10 Apr 2009

BN Sekat Masyarakat Bukan Islam Memahami al-Quran

Tidak Salah Bukan Islam Baca al-Quran – Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukan Islam boleh membaca al-Quran dan tidak salah sekiranya ‘tajwid’ mereka tidak betul.

Beliau berkata demikian apabila diminta pihak media mengulas kenyataan pelbagai pihak berkaitan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya baru-baru ini.

"Sekiranya tajwid tidak betul, ia boleh dibetulkan mengikut hukum tajwid, sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, samada seseorang itu Islam atau tidak Islam, al-Quran bukan dimiliki oleh orang Melayu atau orang Arab,

"Oleh kerana bahasa al-Quran ialah bahasa Arab, ia dilihat pelik sekiranya dibaca oleh orang bukan Islam, yang biasanya tidak tahu berbahasa Arab,”katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang Melayu sendiri tidak tahu membaca al-Quran secara betul sekiranya tidak faham bahasa Arab dan tidak mengetahui hukum-hukum tajwid.

"Bahkan masa zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang yang menentang Islam seperti Abu Jahal juga membaca al-Quran,”katanya.

Nga Kor Ming, pada 4 April lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran dari surah an-Nahl ayat 90 dalam ceramahnya semasa berkempen di Bukit Gantang.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah kehabisan ‘modal’ dalam pilihanraya kecil itu, memutarbelitkan fakta yang sebenarnya dan mengamalkan ‘politik lama’ dengan menonjolkannya sebagai isu agama dan perkauman.

Nga Kor Ming yang juga ahli parlimen Taiping dalam kenyataan balasnya 7 April lalu terhadap laporan polis yang dibuat keatasnya berkata BN cuba menyekat masyarakat Cina dan bukan Islam di Malaysia memahami al-Quran

“Islam adalah agama rasmi dan Quran memiliki ilmu yang tidak ternilai, al-Quran mengajar manusia berlaku adil dan bersifat kasihan belas,”katanya sebagaimana terjemahan potongan Ayat yang dibaca dalam ceramahnya.

“Saya kecewa UMNO dan BN cuba menyekat masyarakat Cina mempelajari Islam, ia menunjukkan BN telah kehabisan idea dan telah menggunakan taktik kotor memutarbelitkan fakta,”katanya kepada pihak media.

“Saya mahu jelaskan DAP menghormati semua agama, termasuk Islam. Tok Guru Nik Aziz telah memberitahu saya, tidak salah kalau saya petik ayat al-Quran (dlam ceramah),” jelasnya.

Nga juga mengecam akhbar media perdana yang salah lapor berkenaan perkara tersebut.

“Saya telah belajar dan menyebut ayat 90 Surah an-Nahl, tetapi mereka (media) laporkan saya menyebutnya sebagai surah ‘Aura’, ini tidak betul,”katanya.

Status 3 Katak Lompat masih belum diputuskan mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.

2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.

3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.

Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?

Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:

1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.

2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.

3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).

4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.

5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.

6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:

Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.

Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.

7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.

8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.

Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.

Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar ? individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- Harakahdaily.

PRK P059 BUKIT GANTANG (99) : Undi Melayu Kurang Empat Peratus

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/nizarmenangpakatan.jpgPada kebiasaan sebelum ini, sekiranya berlaku peningkatan keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya, PAS akan kalah, tetapi keadaan ‘terbalik’ berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang (PRKBG), 7 April, Selasa lalu.

Peningkatan sebanyak 2.5% keluar mengundi, daripada 72.6% pada pilihanraya umum ke 12 (PRU12) Mac lalu kepada 75.1% pada PRKBG sebaliknya memberikan kemenangan kepada PAS.

Dalam pada itu, PAS harus mengambil perhatian dengan berkurangnya undi Melayu yang berlaku dalam PRKBG berbanding apa yang diperolehi pada PRU 12.

Sebarang proses ‘post-mortem’ menilai prestasi PRKBG, PAS wajib mencari jawapan mengapa hanya 43% sahaja undi Melayu yang diperolehi, berbanding 57% yang diraih oleh UMNO/BN.

Mengapakah pada PRU 12 lalu PAS berjaya menarik undi Melayu sebanyak 47%, dan dalam masa hanya setahun, apakah yang menyebabkan undi Melayu merosot sebanyak 4%.


Kontra kepada keadaan tersebut, undi Cina meningkat sebanyak 11% daripada 64% pada tahun lalu kepada 75% pada PRKBG.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/AsmuniAwi.jpgDemikian adalah antara fakta awal PRKBG yang dibentangkan oleh Pengarah Opreasi PRKBG, Tuan Haji Asmuni Awi dalam sidang medianya di Markaz Air Kuning, semalam.

Antara butiran lain yang didedahkan oleh Hj Asmuni adalah, PAS menerima peningkatan undi yang lebih banyak daripada UMNO/BN.

Pertambahan tiga kali ganda berbanding UMNO/BN, PAS mendapat peningkatan sokongan sebanyak 1,845, manakala UMNO/BN meningkat sebanyak 600 undi.

PRKBG juga merumuskan prestasi PAS adalah baik dalam daerah mengundi yang mempunyai pengundi bercampur berbanding BN yang mempunyai prestasi lebih baik di kawasan penduduk Melayu lebih 70%.

Hj Asmuni, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak PAS berkata pengundi Melayu di kampung-kampung luar bandar lebih memihak kepada UMNO/BN.

Menurutnya peningkatan sokongan dari kaum Cina membuktikan PAS memberi layanan yang adil kepada semua bangsa dan agama.

"Rakyat telah melihat bukti dalam masa 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak, kaum Cina tidak lagi curiga dan takut kepada PAS sekarang,”katanya

Keputusan PRK Bukit Gantang juga menunjukkan, PAS diterima baik di kawasan majoriti Cina di DUN Kuala Sepetang dan kawasan bercampur DUN Changkat Jering dan DUN Terong.

Dalam PRU12, DUN Changkat Jring dan Kuala Sepetang di menangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DUN Terong dikuasai oleh UMNO/BN.

Dalam DUN Kuala Sepetang, PAS memenangi 6 daripada 13 UPU berbanding hanya 5 tahun lalu.

Dalam DUN Terong, PAS hanya menang 5 daripada 14 UPU, menurun sebanyak 2 UPU berbanding 7 yang dimenangi pada tahun lalu.

Manakala dalam DUN Changkat Jering, PAS menang 7 UPU daripada 11, turun satu daripada 8 UPU yang dimenanginya pada tahun lalu.

Menurut Hj Asmuni, ia adalah disebabkan oleh faktor calon, Ismail Saffian merupakan anak tempatan.

Daripada 2000 pengundi luar, katanya, 700 telah pulang dan mengundi PAS.

Asmuni, juga sependapat dengan ahli parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang menegaskan semalam, keputusan PRKBG adalah satu referendum rakyat Perak terhadap tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru, Dato; Seri Najib Razak.

Nga Kor Ming :GMP Bodoh Tak Mengaji Dan Bodoh Mengaji

Azizi Hj Abdullah
Nga Kor Ming

وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوْا لَهُ وَاَنْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”.
AL-A’RAF, 7:204

Saya rasa sayalah yang bodoh tentang etika dan adap membaca Al-Qur`an. Rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih bodoh dari saya, sedangkan mereka telah pun mengaji dan berilmu panjang berjela-jela. Di antara mereka yang menjadi saya hairan sungguh-sungguh ialah GMP, atau Gagasan Melayu Perak, Persatuan Darul Ridzuan Selangor-Wilayah Persekutuan, Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)

Apa yang tergambar ialah seolah-olah mereka membantah apa yang mereka tidak tahu dan tidak tahu ini pula, tak mahu belajar. Ini yang susah. Mereka seperti sangat tahu hal agama, sedangkan pak mufti tak pernah pun sentuh dan komen. Mereka seperti sangat perihatin tentang agama dan Al Qur`an dan mereka seperti juara tekukur yang tercabut ekur.

Saya teringat cerita yang sangat masyhur, bagaimana seorang muslim masuk kedai orang bukan Islam, minta nasi dan ayam goreng. Dengan juah nak tunjuk dia orang Islam, ditanya adakah ayam di restoran ini disembelih. Tapi kemudiannya dia pesan sebotol bir.

(Kejahilan ini juga sila baca novel ‘Kawin-Kawin’ pemenang Hadiah Utama Sako II, Utusan Melayu Publication tahun 1991 karya Azizi Hj Abdullah, di mana ada cerita seorang Mualim nak test imannya di Hadnyai.)

Saya kira persatuan dan NGO di atas ini pun sama saja. Yang mendukacitakan kita, mereka tidak tahu tentang apa yang mereka tak tahu dan mereka tidak sedar yang mereka tidak tahu tentang apa yang mereka tidak tahu.

Mereka membantah kerana Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming baca ayat Qur`an. Mereka kata cara itu mempersendakan Qur`an.

Pulaakkkk!

Apa yang Nga Kor Ming baca? Tentu pasal ayat yang kononnya berunsur politik, kerana majlis itu majlis politik. Saya sendiri pernah hadir dua tiga kali di majlis politik dan ada Adun PKR baca ayat-ayat tentang perpaduan, fitnah. Gobalakrisnan dari PKR berkali-kali baca ‘Wamakaru...wamakaru...’ dan mengakui Tuan Guru Nik Aziz sebagai gurunya.

Tak pula terdengar hebuh dari NGO ini.

Yang kita persoalkan ialah kenapa hal-hal yang mereka tidak tahu dan tidak ada hujah, mereka cuba nak tunjuk juara? Ini persoalannya. Adakah mereka ikhlas atau berselindung atas nama NGO tetapi menonjol diri nak tunjuk yang mereka sokong BN?

Yang sebenarnya inilah maksud yang tersirat.

Tetapi yang jelas di sini ialah tentang NGO-NGO seperti ini tidak menggambarkan sebuah badan yang berteraskan kepada kajian, tidak berilmu sebaliknya sebuah NGO yang menyokong membabi butac kerana sesautu kepentingan.

Kita sebenarnya berhak menyokong sesiapa tetapi sebagai NGO yang terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan, bentuk sokongan dan teguran biarlah berasaskan kepada ilmu, fakta dan hujah, bukan berdasar kepada parti yang kita sokong.

Kita merasa malu kerana apa yang dianggap sebagai memuliakan agama, memperjuangkan maruah agama, kita sendiri tidak tahu apa benda yang kita perjuangkan. Kalau sekadar soal orang bukan Islam membaca sebahagian petikan ayat Qur`an (bukan membaca qur`an) lalu kita bingkas bangun membantah atas alasan kita ingin menjaga maruah Islam, kita rasa tak payahlah. Lebih baik bantah orang yang buang sampah di tepi jalan.

Mana hujahnya? Mana sumber rujukannya? Dari mana hukum di ambil dan yang penting, jujurkah kita dalam menanangi ini?

Bagaimana kalau yang membaca patikan itu di dalam majlis BN P. 59 kemudian berkata ada ayat Qur`an sokong kita melakukan penipuan?

Kita sungguh malu kerana kejahilan tentang ilmu adap dan etika membaca Qur`an ini tidak diketahui oleh orang Islam sendiri. Kita merasa sangat tercabar kerana ada di kalangan NGO Islam yang cuba menyempitkan ilmu, fungsi dakwah dan menganggap Qur`an hanyalah kepunyaan orang Melayu! Kita merasa amat malu kerana ajaran Islam yang perlu kepada penggelobalan, tiba-tiba masih ada golongan yang menganggap Qur`an ini hanya boleh dibaca oleh orang Islam.

Tak pula tersedar berapa ramai orang Islam yang tak boleh baca Qur`an, baca pun macam keretapi rosak. Tak pula ternampak beberapa banyak percetakan kepunyaan orang bukan Islam yang mencetak buku-buku agama, di mana helai-helai ayat Qur`an bersepah-sepah. Tak pula diambil kira lambang Umno dalam buku Surah Yasin malah banyak lagi soal maruah Qur`an yang direndah-rendahkan oleh orang Islam sendiri tetapi NGO seperti ini tidak peka.

Soalnya mengapa NGO-NGO seperti ini membantah? Jawabnya mudah, kerana mereka nak tunjuk yang mereka sokong Umno/BN. Tapi malangnya sokongan mereka itu tidak kena tempatnya. Mereka boleh menafikannya tetapi penafian itu akan diketawa orang. Mereka melondeh kebodohan sendiri.

Kita akui kita bukan bijak dan mengetahui hukum hakam sangat. Tetapi kita juga tahu sedikit sebanyak, bantahan NGO ini sangat-sangat tidak kena. Tidak kena kerana mereka tidak tahu apa yang mereka bantah. Alasan cetek ialah: sikit-sikit kerana pembangkang, sikit-sikit pembangkang, seperti kata Mohd Hilmi Ismail, Presiden GMP, orang Melayu perlu sedar kerana tindakan pakatan pembangkang ini jelas merosakan orang Melayu dan agama Islam.

Kita ingin tahu, sudah berapa juta orang Islam yang rosak sebaik-baik pakatan pembangkang memerintah?

Fikiran yang tidak global seperti inilah yang menjadi kudis yang nanah kepada Umno sebenarnya. Umno yang rosak, Umno yang semakin dibenci orang sebenarnya bukan Umno, tetapi orang-orang seperti inilah. Mereka menyempit dan memandai-mandai. Mereka lebih Melayu dari Melayu tetapi merekalah juga perosak.

Mewujudnya Gerakan Melayu, Persatuan Melayu, apakah orang lain tidak Melayu? Apakah apabila ada yang masuk GMP baru dianggap Melayu?

Sepatutnya kita sangat berbangga apabila ada orang bukan Islam sanggup memetik mana-mana ayat Qur`an untuk disampaikan kepada orang ramai. Mudah-mudahan mereka yang tidak tahu, tahu juga sedikit sebanyak. Soal tidak kena adalah soal teknikal. Ia boleh diperbetulkan. Dalam Qur`an ada ayat yang meminta kita membetulkan jika ada orang yang buat tak kena.

Bagaimana kalau ada orang Islam memetik kata-kata Plato, Confisius, Ghandi, Hetler malah memetik kitab Budha, Injil dan lain-lain? Tak pula dituduh kafir atau murtad.

Tulisan ini bukan berdiri di atas platform menyokong pembangkang tetapi atas nama kebenaran. Marilah kita memihak kepada kebenaran. Marilah kita sama-sama merasa malu untuk menyedari bahawa Qur`an bukan milik orang Melayu tetapi milik semua manusia yang perlu mengikutinya. NGO yang cuba mempertahankan kemuliaan Qur`an hanya sekadar tidak setuju, membuat ripot terhadap seorang bukan Islam yang kita benci kerana isme politiknya, sangat rendah martabat kita sebagai NGO Islam.

Sepatutnya kita yang merasa bertanggung jawab menemuinya dan berkata; Hee you, sebutan you tu agak tak berapa betul. Yang betul begini...begini...kami harap you baca dengan betul dan kami sokong usaha you....

Bayangkan, bayangkan jika pendekatan begini yang diambil oleh NGO ini berbanding tindakan yang diambil termasuk buat laporan polis. Apa relevannya kita menempelak tak betul, menghina Islam mempersenda ayat suci?

Hahhh, jangan-jangan yang membantah itu pun tak lancar membaca Qur`an.

Wallahu aklam.

PRK P059 BUKIT GANTANG (98) : Gambar kenangan dari lensa pro

Gambar-gambar petugas PAS Kawasan Besut sedang merayu undi sekitar Pusat Pengundian UPU Bukit Gantang di ambil dari minaq-jinggo.fotopages.com/

Takbir!!! Hidup...Hidup.. Hidup Islam,,,Ust Zahid (SU PAS Besut) mengetuai laungan TakbirKelihatan Ust Zulkifli (EXCO Pemuda Besut~pegang kipas) sedang merayu undiResyad (EXCO Pemuda Besut~Baju Hitam) sedang berkempen

Surat Tok Guru Nik Abd Aziz kepada YB Nga Kor Ming.

13 Rabiul Akhir 1430


9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

9 Apr 2009

Kabinet Baru Najib; Mukhriz dilantik Timbalan Menteri, Khairy dikecualikan.




Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak (Lihat Carta bergambar)

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

PRK P059 BUKIT GANTANG (97) : UMNO & Money


Banyak pendapatan ahli umno sepanjang 9 hari kempen PRK, jumlahnya anda kiralah sendiri, mereka pasti claim penuh walau pun pada dasarnya pondok panas mereka banyak yang kosong siang dan malam sepanjang 4 hari terakhir saya berkempen disana. Umno tak berubah dan tak kan berubah dalam apa cara sekali pun. Mereka akan hanya bergerak bila bila disuap dengan wang. Wang, wang dan wang itulah UMNO.

Soalan ....

1. Berapa agaknya Umno habiskan wang untuk PRK diBukit Gantang ini?
2. Mengapa petugas Umno perlukan imbuhan untuk mereka bertugas?
3. Mengapa pimpinan Umno menabur wang dalam keadaan ekonomi meleset ini?
4. Mengapa Umno masih kalah dengan majoriti lebih besar setelah menghambur sekian banyak wang dalam PRK ini?
5. Dimana Umno mendapat banyak duit untuk pelaburan yang sia-sia ini?
6. Apa agak perasaan pimpinan, penyokong serta bloggers Umno bila kalah dalam PRK ini setelah menabur fitnah dan memaki hamun DS Nizar dan pimpinan PR semasa kempen berlangsung?
7. Marahkan mereka kepada pengundi yang 'SEMBAH DERHAKA' semasa memangkah DS Nizar dalam PRK ini, walhal sebahagian mereka telah menerima imbuhan dari Umno?
~ Dr Siti Mariah

SETIAUSAHA SULIT KANAN MB HJ NIZAR DITUKAR SEMULA KE PUTRA JAYA

Kerajaan Haram Perak yang dipimpin oleh Zambry telah melakukan satu penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.

Ketika Hj Nizar dilantik sebagai MB, jawatan Setiausaha Sulit Kanan kosong, sedangkan jawatan dan tugas tersebut sangat penting bagi menghubungkan antara Pejabat Menteri Besar dengan jabatan-jabatan yang lain. Che Leh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang bertugas di Putra Jaya mengisi jawatan tersebut dan berkhidmat kepada Menteri Besar sehinggalah Zambry mengambil alih. Che Leh pun tidak berhasrat untuk berkhidmat dengan MB baru ini, tidak serasi katanya. Dia ada mohon supaya ditukarkan ke mana-mana Jabatan di Perak yang ada kekosongan sesuai dengan jawatannya. Ada beberapa jawatan di jabatan-jabatan lain kosong yang beliau layak mengisinya. Tetapi dihantar juga ke Putra Jaya.

Beberapa hari setelah Zambry memasuki pejabat, seorang yang akan mengisi jawatannya telah memasuki biliknya dan memberi isyarat seolah-olah you keluar dari bilik ini, you tidak diperlukan di sini. Orang itu seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar. Jawatan yang sepatutnya diisi oleh Pegawai Kerajaan tetapi diisi oleh orang politik. Saya difahamkan sehingga sekarang pegawai-pegawai pejabat Menteri Besar tidak ada pegawai lantikan kerajaan, semuanya orang politik yang tentu berkhidmat untuk kepentingan politik MB. Setiausaha Sulit sehingga sekarang belum di isi.

Che Leh ditempatkan sementara tanpa sebarang tugas dan tanggungjawab di Perpustakaan SUK. Setiap hari lebih kurang hampir dua bulan, kerjanya membaca surat khabar dan buku. Pada hal di Jabatan lain seperti JAIP & PTG katanya ada kekokosngan yang beliau layak mengisi jawatan tersebut.

Berbeza ketika Hj Nizar masuk pejabat. Setelah lebih kurang tiga bulan, baru berlaku pertukaran pegawai. Pertukaran tersebut tidaklah dalam bentuk penganiyaan. Setiausaha Sulit ditukar ke Bahagian Kewangan, manakala Pegawai Khas MB ditukar ke Bahagian Kewangan, masih di bangunan yang sama. Lapan bulan kemudian, CC pejabat pentadbiran MB ditukar ke Jabatan lain, itupun bukan kerana penganiyaan, tetapi oleh kerana terlalu lamanya CC tersebut di pejabat MB, sejak zaman Tan seri Ramli Ngah Talib lagi, jadi eloklah ditukar ke tempat yang lain. Sebaik Zambry masuk pejabat, kerani tersebut dipanggil semula ke pejabat MB.

Saya juga difahamkan, suasana kemesraan tidak lagi wujud di pejabat MB, staf-staf pejabat berkerja dalam suasana agak tertekan dan takut. Berbeza dengan suasana semasa kami berkhidmat di pejabat MB. Setiap pagi, sarapan percuma disediakan di pantri pejabat, sarapan tersebut disumbangkan oleh MB setiap hari. Semua pegawai dan staf makan sama-sama. Saya jarang bersarapan pagi, tetapi ada peluang bersarapan, saya bersarapan sekali dengan staf pejabat. Suasananya cukup mesra.

Di surau SUK, saya difahamkan suasana tidak sebagaimana dahulu, setiap Zohor memanglah ada yang solat berjamaah, tetapi tidak seramai dahulu. Tazkirah Zohor sudah tidak kedengaran lagi. Dulu MB Nizarlah yang mengimami solat Zohor dan menyampaikan tazkirah, ramai yang menjadi makmumnya, termasuk EXCO dan pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali dua orang EXCO yang setiap hari ada dipejabat tetapi tidak pernah sekalipun terjumpa berjamaah sekali di surau apatah lagi mendengar tazkirah. Dato' SUK pun jarang sangat terjumpa berjamaah di Surau, sekarang dengar cerita rajin pulak, Alhamdulillah ada perubahan.

Dulu MB Nizar selepas solat Zohor akan makan tengahari di Kantin Pejabat, dia akan mengajak semua pegawai-pegawainya makan sekali, kalau kebetulan ada orang awam nak berjumpa MB diajaknya makan sekali. MB setiap hari belanja kami makan tengahari. Orang lain tidak ada peluang untuk membayarnya.~ Misbahul Munir

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. ~ Mstar

PRK P059 BUKIT GANTANG (96) : Keputusan undi DUN Changkat Jering

TAHNIAH! Kepada Semua Pengundi PAS & Petugas PR di Bukit Gantang

Keputusan N.14 Changkat Jering dalam PRU12,

8 Mac 2008

Osman Jailu (PKR) 9411

Mat Isa Ismail (BN) 8309


Majoriti 1102



Keputusan Undi DUN Changkat Jering dalam PRK P059, 7 April 2009

PAS 9896

BN 8206


Majoriti 1690



Wahai Osman Jailu....
Kamu sudah boleh baca tak???
Keputusan PRK Po59???
Changkat Jering dah mula membenci mu....
Walaupun kau belum menerima hadiah lontaran kasut
tetapi gambar kau sudah mencium kasut itu...
Walaupun kau sekarang sudah teramat kaya dengan wang berjuta-juta
tetapi miskin segala-galanya...
Miskin hati
Miskin jiwa
Miskin kawan
Miskin budi
Miskin ilmu
Miskin apa lagi?
Msikin semuanya
Tunggu Pembubaran DUN akan tiba...
Bila?... bulan Mei?Jun?Julai?
Hanya takdir ilahi menentukannya nanti.......
Tetapi aku akan tunggu......

8 Apr 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (95) : UPU Bukit Gantang dalam kenangan



Di UPU inilah kami, PEMUDABESUT bertugas selama hampir 3 minggu bersama PAS Kawasan Besut & PAS Kawasan Pasir Mas. Terima Kasih orang-orang PAS UPU Bukit Gantang... Kami tetap bersama mu.....Jumpa lagi ikan Naga....

Bekas ADUN Bukit Selambau pulang....

BEKAS Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Arumugam (tengah) di sambut oleh (dari kiri) Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Isa Ismail, isteri Arumugam, M Maniaae, anaknya, A Selantiram dan S Manikumar sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, hari ini.

Bekas anggota Exco Kedah, V. Arumugam yang pulang dari India hari ini berkata beliau melarikan diri kerana faktor keselamatan diri dan keluarganya terancam berikutan menerima banyak ugutan dan desakan supaya melompat parti.

"Saya melarikan diri berseorangan ke Mumbai untuk menenangkan fikiran dan hanya akan pulang selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berakhir kerana merasakan keadaan pada masa itu sudah tenang dan selamat," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pihak yang mendesaknya melompat parti tetapi berkata cara itu sahaja yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa keadaan.
"Saya tidak menyesal melepaskan kedua-dua jawatan (wakil rakyat dan Exco) pada 8 Feb lepas," katanya kepada pemberita semasa ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, kira-kira pukul 3 petang.

Kepulangan Arumugam dapat dihidu wartawan dan jurugambar yang menunggu di lapangan terbang sejak pukul 1.45 petang.

Isteri beliau M. Mariyaee, 36, dan anak bongsunya, Selvanthiran, 7 tahun menunggu beliau dengan ditemani peguam, Murshidah Mustafa.

Turut menyambut kepulangan Arumugam ialah Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abd Isa Ismail, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukti Selambau yang baru, S.Manikumar dan setiausaha politik Menteri Besar Kedah, Md Sanusi Md Nor.

Arumugam memenangi kerusi Bukit Selambau sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas dan kemudian menyertai PKR.

Beliau mendakwa telah banyak kali membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterima dan cermin keretanya dipecahkan.

"Sampai bila saya hendak tunggu...sampai kena bunuh dulu baru polis hendak bertindak padahal orang nak culik saya dan kawad pengecaman juga telah dibuat. Takkan tidak ada suspek," katanya.

Arumugam berkata beliau menyerahkan keputusan kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan kedudukannya dalam PKR tetapi pada masa sama merancang mencari pekerjaan.

"Saya masih ahli PKR dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri dan Naib Ketua Bahagian Merbok," katanya sambil menambah akan meminta maaf kepada penduduk Bukit Selambau dan berharap Manikumar akan menyambung tugas yang ditinggalkan," kata beliau.

Beliau menambah PKR akan mengambil tindakan lebih berwaspada dan sewajarnya supaya 'malang' yang menimpa dirinya tidak menjangkiti Manikumar tetapi percaya ADUN baru itu tidak akan melompat menyerti parti lain. BERNAMA

Malam Kemenangan Manikumar Di Bukit Selambau



Calon PKR S Manikumar menang di BUKIT SELAMBAU - TVAntara
Perisytiharaan Kemenangan S.Manikumar Bukit Selambau - Greeenboc

[tahniah.jpg]

PRK P059 BUKIT GANTANG (94) : Nizar Tetap Mahu DUN Di Bubarkan



Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucapan sempena kemenangannya menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Ketika ditemui dalam sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya

Majoriti PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kali ini meningkat kepada 2,789 undi berbanding 1,566 undi yang diraih oleh calon PAS Haji Ruslan Saharum pada Mac 2008.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Keputusan diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Kabinet Baru Najib

MSO ~ Apakah Kejutan Dari Najib Hari Ini?

Kabinet baru yang bakal di rombak menyaksikan beberapa perubahan baru dengan mengecilkan kabinet yang sedia ada. Pengecilan ini di buat menerusi menggabungkan beberapa kementerian selain mewujudkan semula Setiausaha Parlimen yang sebelum ini di mansuhkan.

Najib telah menerima perkenan Yang Di Pertuan Agong berhubung perlantikan baru.

Antara menteri yang bakal di gugurkan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang tewas jawatan Timbalan Presiden MCA.

Selain itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tempatan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Dua menteri lain yang di jangka akan turt sama di gugurkan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A.Aziz dan juga Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohammad Yakcop dan Menteri Perdagangan dalam Negeri. Datuk Shahrir Samad pula sepertimana yang di ketahui meletakkan jawatannya selepas tewas di pemilihan Umno parti itu.

Tiga Naib Presiden Umno di ramal bertukar portfolio dengan Datuk Ser Zahid Hamidi ke Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Datuk Seri Shafie Apdal ke Kemneterian Pertahanan.

Walaubagaimanapun Menteri Luar Bandar Datuk Seri Dr Rais Yatim walaupun kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden akan tetap dikekalkan dalam kabinet.

Di fahamkan antara kabinet yang baru adalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang akan mengetuai Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat manakala Prseiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan di lantik sebagai senator.

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis juga di katakan akan kembali dalam kabinet manakala Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Handzalah. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk dr Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Temapatan Datuk Hamzah Zainuddin akan dinaikkan menjadi menteri.

Manakala Kementerian yang bakal di gabungkan adalah Kementerian Kesenian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang di serapkan ke Kementerian Pelancongan. Kementerian Pengajian Tinggi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti bergabung dengan kementerian Asas Tani.

PRK P059 BUKIT GANTANG (93) : Prof. Cap Ayam ?

Biarpun ramai penganalisis politik kerajaan yang mengampu dalam ulasan mereka tentang kekalahan BN ini, namun rakyat lebih mengetahui hakikat sebenarnya. Malah dalam ulasan menerusi RTM malam tadi, salah seorang penganalisis politik iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan (foto) secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS dengan tidak mendapat undi majoriti 10% sebenarnya tidaklah hebat.

Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya. Malah calon BN, Ismail Safian langsung tidak popular jika dibandingkan dengan Ir.Nizar. Bahkan beliau turut menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi bukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya. Inilah alasan dangkal seorang yang bergelar "Profesor Madya" dalam membuat analisis kemenangan Pakatan Rakyat ini. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu Pakatan Rakyat dikatakan kuat atau diterima rakyat. Baginya UMNO dan BN tetap diterima oleh sekalian rakyat di Malaysia ini ~ Pahang Daily

Bukit Selambau: Calon Bebas Mahu Sertai UMNO Semula


SUNGAI PETANI [5.00 am] - Calon bebas, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid (foto) menganggap kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sebagai keputusan rakyat tetapi tidak menjangka akan kehilangan deposit. Katanya beliau tidak menyesal bertanding tetapi tidak lagi bercadang untuk bertanding pada pilihan raya akan datang. "Saya sedang menimbang untuk kembali menyertai UMNO selepas Tun Dr Mahathir memohon menyertai semula parti itu," katanya semasa ditemui di pusat pengiraan undi di Sekolah Menengah Teknik I di sini, malam Selasa. Bekas ahli jawatankuasa UMNO bahagian Merbok itu memperolehi undi terbanyak di kalangan 13 calon bebas yang bertanding iatu 528 undi. Anuar berkata, beliau kembali menyokong Barisan Nasional (BN) kerana yakin bahawa hanya BN boleh membawa perubahan kepada rakyat. ~ Pahang Daily

PRK P059 BUKIT GANTANG (92) : Suasana semasa pengumuman calon

Merai kemenangan indah ini di Bukit Gantang, Xenan bicara bersama lensanya, lihatlah Dunia, Bukit Gantang kekal milik 'kita'. Ada kemanisan perjuangan telah dicipta di situ. Dato' Seri Nizar, wak ucapkan TAHNIAH di atas amanah kemenangan ini. Laksanakan segala tanggungjawab yg dipertanggunjawabkan oleh rakyat Bukit Gantang yang kini solid terpikul di bahu Dato' Seri. Buat Allahyarham Ustaz Roslan bin Baharom..Al-Fatihah.

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang, yang buta datang berpimpin, yang capek datang bertongkat, yang kudung datang mengesot, yang jauh berpanggil-panggilan, yang dekat berimbauan, yang di sini tegak memandang, wajar untuk diraikan..

Tidak dihirau hujan yang turun, emosi gembira diserlahkan untuk kemenangan ini !


Hampir kurang lebih 10 ribu penyokong meraikan kemenangan di bandar Taiping malam tadi. Wak sempat meninjau kemeriahan itu bersama blogger Ajijoi dari Perakini dan Al-Fadhil Ustaz Al-Banjary dari Sungai Besar, Selangor (anakbapak)

Kenderaan yang bersimpang siur sambil membunyikan hon, benar2 membingitkan..lontaran emosi rasa diri mengecap kegembiraan penyokong PR..Memang meriah !

Celok dari ABO

ISA Zalim : Fateh tidak pernah kenal ayahnya......

"Umi... jangan lah sedih. Umi jangan nangis ya.... Patutnya saya yang pujuk dia (Fateh) tapi dia pula yang susah hati melihat saya mengesat air mata.." jelas Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA 7 tahun, Zainun Rashid dari Sabah. Zainun ditahan dibawah ISA pada Disember 2002.


"Ketika pengumuman itu di buat oleh PM Najib, saya memang menaruh setinggi-tinggi harapan suami saya adalah salah seorang yang akan dibebaskan. Namun, segalanya hampa bila mengetahui bahawa nama beliau tiada dalam senarai 13 orang itu. Saya bertambah sedih kerana tahanan ISA yang diberi nama ahli Darul Islam (DI) , semua dari Sabah ,mereka ditahan pada 2006 , hampir semuanya dah dibebaskan....." tambahnya lagi.


"Saya akan tetap menunggu kepulangan nya kak" begitu yakin kata-kata itu diucapkan menerusi telefon bimbit kami yang saya simpulkan bahawa beliau masih punya kekuatan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan sebagai mangsa ISA yang paling lama di Sabah!!!


Setiap kali saya memandang wajah Fateh dan kakaknya, terasa luruh hati ini. "Ketika bapanya dibawa ke Kem Kamunting pada 6 Feb 2003, Fateh belum dilahirkan...." kata-kata itu terus-menerus menghantui fikiran saya.


Patutlah Fateh tidak merasa sedih bila mendengar berita tahanan ISA di bebaskan kerana beliau dari sejak lahir, tidak pernah mengenali siapakah ayahnya. GMI pernah menaja lawatan Puan Hapipah ke Kem Kamunting pada tahun 2004, mereka dapat bertemu lima kali (Mereka tinggal di Taiping selama seminggu). Ketika itu Fateh baru berusia setahun lebih dan mustahil beliau dapat mengingati rupa ayahnya dalam usia semuda itu.


Bagi seorang anak kecil seperti Fateh, ayahnya ada atau tidak, tidak memberi sebarang kesan atau erti dalam kehidupannya kerana sejak lahir, hanya ibunya sahaja berada disisi beliau sepanjang masa.......

Kesihan Fateh menjadi mangsa kezaliman undang-undang yang tidak berperi kemanusiaan ini.... ~ Merah Hitam

PRK P059 BUKIT GANTANG (91) : Menang tetapi tidak dibenarkan disambut..









Tidak ramai yang berkesempatan untuk masuk ke dewan.Orang ramai menanti di luar garisan polis .Pihak berkuasa menghalang orang ramai dari memenuhi dewan.Apa pun dah menang...



PRK P059 BUKIT GANTANG (90) : 2-1

DIARAK..Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memenangi kawasan Parlimen Bukit Gantang,diarak oleh para penyokong Pas sebaik keputusan rasmi diumumkan pada pukul 9:45 malam tadi.

MENANTI KEPUTUSAN RASMI..MB Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menanti keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai SPR di Dewan Perbandaran Taiping.

MENANG... Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen kawasan Bukit Gantang menewaskan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.

RAI KEMENANGAN..Sebahagian daripada 10,000 penyokong Pas yang berkumpul di luar Dewan Majlis Perbandaran Taiping bagi meraikan kemenangan calon parti itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

TAIPING: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan hari ini.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

Sementara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi.

Dia menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.Mstar.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.