Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

20 Mac 2010

YDP & SU Pemuda PAS Besut Menziarahi orang sakit.


Pada malam tadi, SU Pemuda Besut berkesempatan bersama YDP PAS Besut, menjadi wakil kawasan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Seri Pelagat. Selepas mesyuarat yang berakhir pukul 11.30 malam itu, YDP & ahli cawangan PAS Seri Pelagat berkesempatan melawat Pak Cik Mat yang 'Koma' sejak 3 bulan.

Menurut cerita Abg Man (SU PAS Seri Pelagat), Pak Cik Mat semasa mudanya @ sihat, dia tidak pernah ketinggalan untuk solat jemaah di Masjid berdekatan. Moga-moga Allah memberi kemudahan & sembuh...

Penubuhan Petronas Tidak Sah?



KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri, kata profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
“Saya merasakan beberapa aspek dalam akta Petronas adalah tidak sah,” kata Shad pada forum berkaitan dengan hak minyak di sini hari ini.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani pertengahan 1970-an semua negeri telah dijanjikan bayaran tunai lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau di luar pesisir pantai sebagai balasan kepada penyerahan hak kawalan ke atas sumber-sumber petroleum kepada Petronas.
Shad berkata, akta itu diluluskan sebelum kesemua negeri menandatangani perjanjian dimaksudkan.
“Perlembagaan mengatakan bahawa apabila seseorang mengambil harta seseorang anda perlu membayar pampasan yang sewajarnya,” kata beliau.
Peguam Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Terengganu dalam tuntutan royalti minyak bagaimanapun berkata jika Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 diisytiharkan tidak berperlembagaan akan mengakibatkan malapetaka besar buat Petronas.

Terengganu membawa kesnya ke mahkamah selepas kerajaan pusat berhenti daripada membawa wang royalti pada 2000.
“Masalah pertama dengan hujah itu ialah Petronas akan menjadi tidak sahih,” kata Thomas sambil menambah belum ada pihak yang membawa persoalan ini ke mahkamah.
“Jika mahkamah memutuskan akta ini tidak berperlembagaan, saya merasakan ia akan menjadi satu tragedi,” katanya.
kini me
Thomas juga memberitahu kesemua 13 negeri telah menandatangani perjanjian itu.
“Bagi saya PDA satu contoh persekutuan yang hebat,” katanya.
Thomas nasihati Kelantan yang turut mengemukakan tuntutan royalti minyak daripada Petronas.
Tuntutan RM2 bilion Kelantan itu bermula tahun lalu.
Forum hari ini bertajuk “Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan?” dianjurkan oleh Majlis Peguam untuk membincangkan aspek perlembagaan bayaran wang royalti kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas dan peguam Datuk Cecil Abraham juga berucap pada forum itu.
Kelantan kini menuntut wang royalti lima peratus terhadap hasil minyak yang diperoleh di luar pesisir pantai.
Bagaimanapun Putrajaya menegaskan ia tidak berhak untuk mendapatkan wang royalti ke atas minyak dan gas yang diperoleh di luar kawasan tiga batu nautika dari pantai.
Sebaliknya kerajaan pusat hanya bersedia memberi wang ihsan RM20 juta, yang diagihkan mulai bulan ini.TMI

19 Mac 2010

hairy serang Peribadi, Anwar jawab dengan Fakta dan Angka

KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen (MP) Rembau, Khairy Jamaludin membuktikan bahawa dirinya jelas tidak layak untuk dilantik sebagai menteri ke kabinet bosnya, Najib Razak apabila lebih suka mengambil sikap menyerang peribadi berbanding berhujah dengan fakta.
Ini terbukti apabila giliran MP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa berucap, Khairy berkali-kali mencelah ucapan Anwar dengan melakukan serangan peribadi dan berbentuk provokasi semata-mata mahu mendapatkan perhatian media dan ihsan Najib.
Namun, Anwar yang faham tujuan serangan menantu bekas PM itu yang semakin terpinggir dalam Umno hanya tersenyum melihatnya dan dengan tenang, Anwar berkata;
“Dalam persoalan fakta yang berhormat Rembau (Khairy), tak boleh lari. You boleh pusing kenyataan politik, tapi Genting Highlands bagi (untuk) taukeh judi (Lim Goh Tong) boleh, kampung tersusun untuk Orang Melayu (sebanyak 102,000 geran kekal yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa memerintah di Perak) tak boleh, itu tak dijawab sampai sekarang.
Ketika ini, sekali lagi MP Rembau dengan penuh emosinya mengganggu ucapan Anwar namun, Ketua Umum PKR itu sambil tersenyum memberitahu.

“ Ya saya akan jawab, saya bukan Ahli Parlimen Rembau, saya Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Saya bagi tahu, saya bagi angka ini, 60,000 geran Melayu di Terengganu, 102,000 geran untuk orang Melayu di Perak (yang kedua-duanya diluluskan semasa PR memerintah), dibatalkan oleh Umno/ Barisan Nasional, Ini tidak di jawab.
Kalau dikatakan kita bagi (tanah) kepada 47,000 kaum Cina. Saya akui dan saya berpendapat ini satu keputusan yang tepat kerana yang dibantu itu ialah orang Cina yang miskin dan susah.
Mengapa saudara yang berhormat (dari Barisan Nasional terutamanya Khairy), boleh mempertahankan dasar mempertahan taukeh-taukeh judi (juga orang Cina), yang kaya-raya (dengan segala) gunung, bukit, pulau, bagi (kepada taukeh judi) tak mengapa. Itu tak dijawab,” tegas Anwar sekali lagi yang membuatkan MP BN terkebil-kebil dan membisu di Dewan Rakyat.
Antara Joget dan minum Arak
Anwar turut mengecam kenyataan dangkal Khairy yang hanya melihat tarian itu sebagai maksiat besar tetapi membisu berhubung pemilikan pimpinan Umno dalam syarikat judi termasuklah anak bekas Presiden Umno.
“Ini Ketua Pemuda Umno (Khairy), joget sikit berdosa besar, mentekedarah (minum) Arak, boleh (jawapan Anwar itu seterusnya membuatkan dewan riuh dan gamat),” katanya.
Sejak Anwar dipecat dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri itu diserang dari segenap penjuru termasuklah sampai ke tahap mengaibkannya dengan video Anwar menari beberapa saat dalam majlis ceramah yang dihadiri majoriti kaum India.
Anwar sebelum ini menjelaskan beliau menari sekejap ketika itu bagi meredakan ketegangan masyarakat India yang dikelilingi dan cuba digertak oleh sejumlah besar pasukan polis yang melakukan provokasi terhadap kehadiran Anwar dalam ceramah itu.
Namun, pada masa yang sama Khairy sebenarnya lupa atau buat-buat lupa bahawa musuh tradisinya yang juga MP Umno dalam kawasan Jerlun, di Kedah, Mukhriz Mahathir turut pernah menari bersama wanita lain dan video itu tersebar dilaman blog terutamanya semasa Khairy berdepan anak mantan presiden Umno itu dalam pemilihan Umno pada tahun 2009.
Untuk rekod, sejak pemilihan itu sehingga kini, pelbagai blog pro-Khairy dan pro-Mukhriz masih wujud dan terus berperang dan menyerang balas sesama mereka walaupun pemilihan parti itu sudah berakhir sejak tahun 2008.
Khairy walaupun menang dalam pemilihan itu, tidak dilantik dalam kabinet Najib walaupun timbalannya turut dilantik selain Mukhriz sendiri dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Erapakatan

Wang Ehsan Punca Rasuah, Salah Guna Kuasa



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita23/dailogkuli.JPGAhli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemberian wang ehsan adalah punca amalan rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno.


Bercakap dalam Majlis Dailog anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu disini semalam, bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak mengesahkan banyak salah guna kuasa berlaku ekoran penyaluran wang ehsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ehsan) sebab (mereka) tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ehsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” katanya merujuk kepada kejadian bangunan rosak dan runtuh yang berlaku di negeri kerajaan.

“Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” kata beliau pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

Lebih 5,000 orang hadir ke majlis dialog semalam yang berlangsung di dewan utama TER yang mampu memuatkan kira-kira 2,000 orang, namun Pengerusi Majlis Dailog Cikgu Husin Ismail menganggarkan hampir 6,000 orang hadir dengan limpahan kehadiran sehingga memenuhi ruang legar di luar dewan.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali, GTimbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Husam Musa yang juga pengerusi jawatankuasa khas isu royalti negeri itu.

Royalti minyak dan Ku Li

Oleh: Rossem


Di simpang-simpang jalan, tentunya di lokasi strategik, kain-kain rentang bertulisan merah berlatar belakangkan warna putih dengan potret seorang veteran UMNO berdarah raja bergantungan minta dibaca oleh sesiapa saja yang lalu lalang. Tulisannya besar, tidak perlu berhenti kereta, sambil memandu pun boleh difahami maksudnya dengan jelas.

“ Ore Kelantan walaupun sekin (miskin) tapi tak minta sedokah”. Ditulis dalam loghat Kelantan, yang membawa maksud bahawa semiskin-miskin orang Kelantan, namun meminta sedekah tidak sekali-kali.

Teksnya yang simple itu. Bagi orang Kelantan sudah cukup mengerti maksud bicara Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Ia menyindir bossnya sendiri, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana enggan membayar royalti ptroleum sebanyak 5 peratus kepada kerajaan Kelantan setelah sejumlah minyak dijumpai di perairan negeri itu.

Kata Najib; Negeri kelahiran Tengku Razaleigh itu tidak berhak mendapat royalti minyak kerana emas hitam dijumpai di luar tiga batu nautika dari pantainya. Namun kita adalah pemimpin yang prihatin, tidak pernah bersikap menzalimi rakyat. Justeru ada bahagian tertentu untuk rakyat negeri itu. Cuma tidak dinamakan wang royalti. Ia dinamakan wang ihsan. Wang jenis ini nanti akan disalur lewat tangan-tangan UMNO Kelantan sendiri untuk pembanguan negeri itu. Tidak terus kepada yang berhak memperolehinya, yakni Kerajaan Kelantan yang dipilih secara sah oleh rakyat lewat pilihan raya umum lima tahun sekali.

Royalti dengan ihsan itu apa bezanya? Jawaban Mantan Ketua Hakin Negara, Tun Dr. Mohd Salleh Abas, saat saya bertanya pendapat sang tokoh perundangan itu mengenai royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan, katanya “Ihsan adalah perkataan Arab yang bermaksud pemberian hasil daripada kemurahan hati atau sedekah. Sedangkan royalti adalah hak yang wajib dibayar sepertimanan termaktub dalam perjanjian”.

Tokoh perundangan yang disegani ramai itu adalah diantara sosok yang bertanggung jawab menyemak draf perjanjiaan antara Petronas dengan negeri-negeri yang terlibat. Wawancara dengan beliau diadakan di Kuala Terengganu pada suatu petang, pertengahan Januari 2010, dalam rangka menyiapkan buku “Royalti Hak Rakyat Kelantan”. Saya sebagai editornya, manakala Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan sebagai penerbitnya.

Kerana itulah Ku Li menyindir, orang Kelantan bukan miskin, perlu menadah tangan untuk meminta sedekah. Orang Kelantan cuma mahukan hak mereka sepertimana termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani tanggal 9 Mei 1975, antara beliau sendiri sebagai Pengerusi Petronas ketika itu dengan kerajaan Kelantan yang diwakili Menteri Besar, Datuk Haji Mohamad Nasir (Almarhum).

Juga disebutkan, saat anak raja berjiwa rakyat itu menyampaikan pidato “Kelantan menuntut royalti minyak” anjuran NGO (Gegar) dan Kerajaan Kelantan, di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu, tanggal 28 Januari 2010 di hadapan lebih 40 ribu rakyat Kelantan yang membanjri stadium sejak dari jam 6.00 petang: Saya hanya mahu menunaikan amanat Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika perjanjian itu dimeteri, bahawa negeri-negeri yang dijumpai minyak diperairannya berhak mendapat 5 peratus royalti.

Sila lihat hansad Dewan Rakyat; Tun Abdul Razak Hussein (Almarhum) berucap. “Tuan Yang di Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum,1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”

Perbuatan Ku Li menggunakan pentas PAS bertujuan memperjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia kewajaran kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak sebanyak 5 peratus menimbulkan rasa tidak senang pemimpin-pemimpin UMNO. Ku Li dianggap sudah tidak setia lagi kepada parti yang ia sendiri dokongi, bahkan bercanggah dengan dasar dan pendirian pemerintah. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyebut “Ucapan Ku Li itu akan diteliti, dan masih belum dibawa kepada pihak pengurusan tertinggi UMNO untuk tindakan”.

Menyedari ia bakal dikritik keras, awal-awal lagi sang veteran UMNO itu memberitahu para hadirin, yakni saat memulakan ucapan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV kelmarin. “Orang marah, saya peduli apa…”. Selanjutnya sang pemberani itu menceritakan, bahawa DYMM Al Sultan Kelantan yang sekarang gering di Singapura sudah pun diberitahu; mahu menyampaikan kepada rakyat Kelantan hal sebenar tentang royalti minyak yang selama ini cuba dibohongi pihak tertentu. Baginda tampak mengangguk-ngangguk kepala dan senyum. Kepada pemangku raja, juga sudah dimaklumkan.

Ku Li, di penghujung usianya masih lagi punya taring yang berbisa. Maka tidak hairanlah kenapa puluhan ribu rakyat Kelantan berdatangan ke stadium Sultan Mohammad Ke-IV untuk mendengar penjelasaanya, sehingga pihak penganjur sendiri pun tidak menduga sama sekali kehadiran khalayak begitu ramai.

Ku Li tidak setuju kes royalti ke mahkamah










Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.

Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.

"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.

Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika di perintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.

Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.

Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.

Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.

"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.

Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.

"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.

Munajat Rakyat Bermula Dengan Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah


http://buletinonline.net/images/stories/berita23/solathajat&Dailogaa.jpgSolat Hajat memohon keberkatan dari Allah SWT, agar seluruh rakyat negeri Terengganu dicucuri rahmat dan dikembalikan semula wang pembayaran royalti telah didirikan oleh 500 jamaah di Masjid Tengku tengah Zaharah (Masjid Terapung) disini semalam.
”Telah sepuluh tahun (pembayaran royalti) tidak diperolehi oleh rakyat negeri Terengganu, jadi insyaAllah, mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan (dengan solat hajat ini) kepada rakyat Terengganu,”kata Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik membuat pengumuman mewakili 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

”Oleh kerana itu MAMPAT (Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu) dengan lebih 70 pertubuhan (yang bergabung) didalam negeri Terengganu, malam ini memohon (dengan solat hajat),”ujarnya,

Menurutnya, solat hajat yang diadakan di masjid tersebut, adalah pelancaran program munajat seluruh negeri memohon kepada Allah, dengan diikuti solat-solat hajat yang akan didirikan di kawasan dan qaryah masing-masing.

”InsyaAllah dilancarkan solat hajat itu pada malam ini, dan berikutnya (seterusnya) sehinggalah Allah memberi kepada kita pengembalian royalti,”katanya.

18 Mac 2010

Zahrain Dedah Nama 8 Ahli Parlimen BN Yang Sepatutnya Lompat Parti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim hari ini terus menggemparkan persidangan Dewan Rakyat apabila beliau menamakan lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa oleh Pakatan Rakyat (PR) akan melompat parti dalam percubaan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Mereka ialah wakil rakyat Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Sallehs), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah).
Zahrain memberitahu dewan, beliau mula berasa kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila ketamakan kuasa dan keutamaan diri menjadi keutamaan dalam percubaan merampas kuasa itu.
Dan apabila Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya siapakah timbalan yang dipertua dewan yang dimaksudkan oleh Zahrain sebagai sebahagian daripada mereka yang akan melompat parti menyertai pembangkang pada 16 September 2008, Zahrain dalam nada menyindir berkata; “YB Timbalan Yang Dipertua pun tahu siapa dan saya pun tahu siapa.”

Zahrain meneruskan ‘pembalunannya’ dengan menyelar para pemimpin PR terutamanya Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali yang berkata, proses pembersihan dalam PKR kini telah selesai dengan tiadanya lagi pemimpin-pemimpin sepertinya.
“Hakikatnya, saya ingin tegaskan di sini, bahawa Tuhan yang telah melakukan proses pembersihan dalam PKR dengan membuka hati kami untuk meninggalkan parti itu dan apa yang tinggal di dalam parti itulah yang penuh dan bergelumang dengan najis,” ujarnya.
Beliau menasihati Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ oleh sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shanon Ahmad untuk memahami dengan lebih lanjut apa yang beliau maksudkan.
“Dan hari ini, di dalam dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan pekung di dalam PKR supaya rakyat mengetahui permainan politik sebenar PKR,” katanya.
N. Gobalakrishnan (PKR - Padang Serai) lantas bangun dan mencelah dengan menuduh Zahrain sebagai hipokrit besar dan pengkhianat.
Wan Junaidi kemudiannya menegur Gobalakrishnan supaya tidak memanggil ahli dewan yang lain dengan perkataan ‘kamu’ dan ‘pengkhianat’. Tian Chua (PKR-Batu) kemudiannya bangun dan mengeluarkan sepucuk surat yang ditulis oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memperlihatkan bahawa selepas insiden kegagalan 16 September 2008, beliau (Zahrain) masih menunjukkan keyakinannya kepada kepimpinan PR tidak seperti yang disebut di dalam dewan hari ini.
Kata Tian Chua, jika benar selepas 16 September Zahrain telah hilang keyakinan kepada PR, kenapa dalam sepucuk surat bertarikh 8 Jun 2009 yang ditulis kepada pucuk pimpinan negeri, Zahrain mencadangkan Majlis Kepimpinan PR Pulau Pinang patut bertemu sekurang-kurangnya sekali sebulan supaya kepimpinan negeri boleh berbincang dan berinteraksi di antara satu sama lain dengan lebih baik.
Tian Chua juga mendakwa, di dalam suratnya itu, Zahrain turut mencadangkan supaya Guan Eng yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.
“Orang yang beliau cadangkan supaya mempengerusikan mesyuarat PR itulah yang beliau tuduh sebagai seorang berfikiran komunis, cauvanis dan berfikiran sempit,” tegasnya.
Beliau kemudian terus membaca isi kandungan surat itu yang berbunyi: “Berhubung pengesahan anugerah gelaran Datuk Seri, saya (Zahrain) ingin menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan saya ke atas TYT (Tuan Yang Terutama) Gabenor kerana bersetuju untuk memberikan anugerah ini dengan sokongan saudara (Guan Eng).”
“Bagaimanapun saya difahamkan, TYT juga turut mencadangkan agar saudara juga menerima anugerah yang sama tetapi saudara telah menolaknya dan TYT kemudian mencadangkan agar anugerah itu diberikan kepada ayah saudara, Lim Kit Siang yang telah banyak berjasa kepada negara.
“Dan sebagai tanda hormat kepada TYT, saya hanya akan menerima anugerah Datuk Seri ini sekiranya ayah saudara turut bersetuju menerimanya.
“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya berhasrat untuk bekerja dengan lebih rapat dengan saudara dan mengekalkan hubungan yang ikhlas serta mengukuhkan persaudaraan di antara kita. Saya juga memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjasama yang baik ini.”
Tian Chua kemudian berkata, kandungan surat itu dengan jelas menunjukkan yang Zahrain bersetuju untuk menerima anugerah dan gelaran ‘Datuk Seri’.
Zahrain kemudiannya mempertahankan dirinya dengan berkata surat itu bukanlah untuk beliau memohon gelaran itu untuk dirinya.Mstar

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar

Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Zambry Tidak Boleh Hadir Sidang DUN 30 Mac- Sivakumar


IPOH, 18 Mac — Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN pada 30 Mac ini kerana tempoh penggantungannya daripada menghadiri mesyuarat masih belum berakhir.
“Dr Zambry telah digantung selama 18 bulan manakala enam anggota exco selama 12 bulan...tempoh penggantungan enam anggota exco telah berakhir bulan ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini.
Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata penggantungan Dr Zambry yang berkuatkuasa sejak 3 Mac 2009 masih berjalan tetapi enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan itu sudah tamat tempoh penggantungan dan akan dibenarkan hadir.
Sivakumar mendakwa beliau masih Speaker yang sah dan telah menghantar notis menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini kepada semua Adun Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang kecuali Dr Zambry dan tiga Adun Bebas.

“Tiga katak (Adun Bebas) tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat peletakan jawatan mereka pada Februari 2009...mahkamah masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara,” katanya.
Beliau berkata penggantungan Dr Zambry dan enam anggota exco oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah disahkan pada 3 Mac oleh Sidang DUN yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Mengenai kedudukan Speaker Datuk R.Ganesan, Sivakumar mengulangi bahawa pelantikan Ganesan adalah tidak sah kerana tidak dibuat mengikut peraturan.
Katanya, usul pelucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru telah beliau tolak iaitu sehari sebelum Sidang DUN 7 Mei 2009, jadi mengikut peraturan sidang, usul berkenaan tidak berbangkit.
Katanya, pelantikan Ganesan juga dibuat sebelum titah perasmian oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan itu bermakna peraturan mesyuarat telah dilanggar kerana perkara pertama dalam sidang perasmian ialah titah perasmian dan agenda lain adalah selepasnya.
Sivakumar berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengatakan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang sah atau ketua eksekutif tetapi jawatan beliau sebagai Ketua Legislatif tidak berubah dan oleh itu akan terus menjalankan tugas sebagai Speaker.
BN mempunyai 28 Adun serta tiga Adun bebas yang menyokongnya manakala PR mempunyai 28 Adun dalam DUN Perak. — Bernama

17 Mac 2010

Kunjungan Hormat DPPP ke SPRM















'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya










Artikel Berkaitan Baca Di Sini

Harrussani, Bekas Seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) Ganti Asri Sebagai Kolumnis


Utusan Malaysia mengugurkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai kolumnis penerbitan Mingguan Malaysia dan menggantikannya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Penulisan terakhir beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 28 Feb lalu.

Memetik Wikipedia, Harussani pernah menjawat jawatan sebagai anggota polis Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum menjadi Kadi Besar Pulau Pinang dari tahun 1966-1984.

Harussani kemudian dilantik menjadi mufti Perak sehingga kini.

Melalui penguguran ini menunjukkan pemerintah berpatah arang dengan bekas mufti Perlis tersebut yang mutakhir ini kritikal dengan perkembangan sosio-politik tanahair.


Kolum dimuka surat sembilan yang sebelum ini memuatkan Minda Dr Maza bakal diganti pula dengan penulisan Harussani.

Beberapa blog juga mendakwa Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayu maka ia jelas menunjukkan pemilihan Harussani adalah selaras dengan ideologi akhbar naungan Umno-Barisan Nasional itu.

Contoh paling jelas beliau mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan Umno di Perak namun ternyata usaha tersebut gagal.

Dalam pada itu Dr Mohd Asri juga sudah menyimpan hasrat untuk berhenti memandangkan wujudnya perbezaan dengan akhbar tersebut.

"Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan. Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka, bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini." katanya

Dr Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas. - SK

TAKZIAH; 2 Kematian

Dato' Ust Husin Awang
Takziah.

PEMUDABESUT menerima 2 berita kematian serentak pagi ini. Pertama; Mertua Dato' Husin Awang (Ketua Dewan Ulama' Terengganu / Penasihat PAS Besut) meninggal dunia selepas koma hampir 2 minggu di Kg Bukit Tumboh, Kuala Terengganu. Berita kematian kedua ialah Ustaz Ibrahim Mat Ali ( AJK Ulama' Kawasan Besut / bekas Pengetua Maahad Tahfiz Pulau Chondong) juga meninggal dunia pagi tadi, selepas sakit radang paru-paru hampir 5 bulan lalu. Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengucapakan takziah kepada keluarga Allayarham USt Ibrahim & Keluarga Dato Husin.


Majlis Pelancaran Pasukan Seni Silat Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut

Majlis di Pengerusikan oleh Ust Khairul Ikhwan,Ust Budak Besut
Ucapan alu aluan oleh Ketua Pemuda Pas Besut,Ust Zulkifli Kadir
Turut berucap,Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat,saudara Suhaizan Kayat
Ucapan Perasmian oleh Tim.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Ust Azman Sapawi Abd Rani
Dari kiri,Ust Zulkifli Kadir,Saudara Suhaizan Kayat,Ust Azman Sapawi dan Exco DPPP Ust Ridhuan mohd Nor.
Persembahan Silat Tari
Silat Tongkat
Tomoi

Pasukan Gendang yang di jemput khas
Ust Azman dan saudara Suhaizan sedang menonton prsembahan seni silat
Mendapat sambutan yang baik dari Pemuda seluruh Besut
Sebahagian dari hadirin sedang menonton Persembahan Seni Silat
BBQ turut di sediakan kepada para tetamu

Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut telah mengadakan Majlis Pelancaran Seni Silat pada 16/3/2010 bertempat di Dewan Hj Salleh Alor Lintah.Majlis Pelancaran ini antara lain bertujuan memberi peluangkepada Pemuda seluruh Besut mendalami seni mempertahankan diri pusaka bangsa ini.
Menurut Ketua Pemuda Pas Besut Ust Zulkifli Kadir,gelanggang silat akan di buka sekurang kurangnya satu gelanggang bagi setiap Dun dalam Kawasan Besut.

Sementara itu Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Azman Sapawi dalam ucapan perasmiannya menyebut peri pentingnya orang muda mendalami seni mempertahankan diri sebagai salah satu cara beriadah.Bahkan kita akan mendapat pahala jika kita belajar demi untuk mempertahankan Islam.Menurutnya lagi,Nabi sendiri pernah mengajar para sahabat cara cara untuk memanah dan bermain pedang.Beliau turut memuji usaha yang di lakukan oleh DPPP Kaw. Besut dan berharap akan menjadi contoh bagi Pemuda Pas Kaw. lain.

Turut berucap Ketua Penerangan DPPP saudara Suhaizan Kayat.Majlis yang di Pengerusikan oleh Ust Khairul Ikhwan(Ust Budak Besut) turut menyediakan BBQ untuk para tetamu.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.